Walaupun terdapat batasan sebanyak mana yang anda boleh memperbaiki suara anda, sebenarnaya suara anda boleh diperbaiki dan dimajukan lagi. Jarang sekali terdapat penyanyi yang tidak terlatih / kursus vokal secara formal yang dapat menggunakan tahap ketinggian nada mereka dengan sepenuhnya. Artikel ini disediakan untuk membantu anda memajukan tahap ketinggian suara anda.
Warm up' terdahulu setiap kali anda ingin menyanyi. Anda boleh melakukan nya walaupun anda tidak pernah mempelajari sebarang latihan vokal secara rasmi. Latihkan menyanyi "Doh", "ah", Mah", "Mee' atau "doh aah maa mee moo" secara menaik dan menurun mengikut 'skel'. Terus kan latihan setiap hari atau dua hari sekali. Suara juga perlu latihan 'warm up' sama seperti latihan otot untuk seorang atlit.
Pilih satu lagu yang mempunyai nada yang agak tinggi buat anda pada masa ini. Nyanyikan lagu tersebut dua atau tiga kali setiap kali anda berlatih. Tenang kan suara, gunakan angin yang banyak dan tumpukan perhatian untuk mencapai nada yang tinggi tersebut dengan mudah. Setelah anda berjaya mencapai nada tersebut dengan mudah, cari lagu baru untuk terus berlatih.
Pilih satu lagu yang mempunyai nada yang terendah buat anda pada masa ini. Sekali lagi nyanyikan lagu tersebut dua atau tiga kali setiap kali anda berlatih. Tenang kan suara semasa menyanyi nada yang terendah, sekiranya anda rasa terlalu sukar, cuba gunakan bunyi "mah" atau "ah". Setelah anda berjaya mencapai nada tersebut dengan mudah, cari lagu baru untuk terus berlatih.
Amalkan meminum banyak air semasa menyanyi dan jangan sesekali memaksa untuk mencapai nada yang tinggi kerana ini boleh merosak kan 'kord suara' anda. Dengan banyak berlatih anda juga akan dapat mencapai nada terendah dan tertinggi dengan selesa.
Temukan lebih lengkap seputar teknik dan belajar kursus vokal
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment